Sepanjang Jalan Kenangan MRSM MUAR

SEJARAH MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR

MRSM Muar merupakan MRSM pertama yang dibinakan di Negeri Johor dan MRSM ke-6 terawal di Malaysia .

Mula dirancang pembinaannya sejak awal tahun 1977 . Sebuah tapak yang sesuai telah dikenal pasti iaitu di atas sebidang tanah dengan keluasan kira-kira 23 hektar @ 57.5 ekar dalam Mukim Bakri , beralamat di KM 10 , Jalan Bakri , Muar . Lokasi tersebut sungguh indah dan menarik dengan saujana berbalam Gunung Ledang yang amat tersohor di selatan tanah air . Pada tahun 1978 , kerja-kerja memecah tanah dan meletak batu asas telah dimulakan .

Walaupun berhadapan pelbagai rintangan , pengambilan PERTAMA kumpulan pelajar seramai 149 orang telah berjaya dilakukan pada 12 Januari 1980 , seterusnya pengambilan ke-2 seramai 150 orang telah berjaya disempurnakan pada 3 Februari 1981 .

Oleh sebab pembinaan bangunan MRSM Muar serta segala kemudahannya tidak dapat disiapkan mengikut jadual , maka sekumpulan pelajar pengambilan terawal telah ditumpangkan sementara di MRSM Kulim dan di MRSM Kuala Terengganu . Namun pada 14 Ogos 1981 , semua pelajar tersebut telah dipanggil pulang dan seterusnya berada dan belajar di kampus tetap MRSM Muar di lokasi yang ada seperti hari ini .

MAKA sambutan ulang tahun penubuhan MRSM Muar adalah dipersetujui pada setiap 12 Januari, contoh :

• Sambutan ulang tahun ke-10 MRSM Muar jatuhnya pada 12 Januari 1990
• Sambutan ulang tahun ke-20 MRSM Muar jatuhnya pada 12 Januari 2000
• Sambutan ulang tahun ke-30 MRSM Muar jatuhnya pada 12 Januari 2010

Dan 2nd Gala Reunion ANSARA MRSM Muar yang diadakan pada 14 Mei 2011 adalah sempena ulang tahun ke-31 MRSM Muar dan BUKANNYA yang ke-30 !

Setelah lebih 30 tahun mendidik anak-anak bangsa dan melahirkan lebih 8,000 orang pelajar , MRSM Muar telah banyak menempa kejayaan dan kecemerlangan terutama dalam bidang akademik . RAMAI bekas pelajar MRSM Muar ( ahli ANSARA MRSM Muar ) telah berjaya sebagai tokoh korporat , usahawan , pemimpin politik , profesional , tokoh akademik , pegawai tinggi dan lain-lain di sektor awam dan swasta .

Selama tempoh itu , MRSM Muar telah diterajui oleh 9 orang Pengetua , 10 orang Yang Di Pertua PIBG / Muafakat dan 28 orang Presiden Badan Wakil Pelajar @ BWP , seperti berikut :

PENGETUA MRSM MUAR

BIL. NAMA TEMPOH PERKHIDMATAN
1 Tn. Hj. Hamid Zamburi 1981/85
2 Tn. Hj. Fadzil Hj Mohd Onn 1985/88
3 En. Ahmad Ismail 1988/91
4 En. Shabudin Hashim 1991/93
5 Tn. Hj. Dzulkifli Shamsuddin 1993/99
6 Tn. Hj. Shafie Teh 1999/01
7 En. Pa’ee Kassim 2001/06
8 En. Ejam Samin 2006/10
9 Tn. Hj. Abd Rahim Mohammad 2010
10
11
12

YANG DI PERTUA PIBG/MUAFAKAT MRSM MUAR

BIL. NAMA TEMPOH
1 Tn. Hj. Yusof Sulaiman 1983/87
2 Tn. Hj. Sulaiman Siran 1987/93
3 En. Tosrin Jarvanthi 1993/95
4 Dr. Kamari Md Zin 1995/97
5 En. Abd Shukur Mohd Amin 1997/99
6 En. Abd Razak Abd Rahman 1999/00
7 Prof. Dr. Sidek Baba 2000/02
8 Dato’ Ahmad Rusli Joharie 2002/06
9 En. Mohd Redzuan Mohd Nordin 2006/08
10 Tn. Hj. Dr. Mohd Faridza Yaacob 2008
11
12

PRESIDEN BWP MRSM MUAR

BIL. NAMA TEMPOH PERKHIDMATAN
1 Saiful Alimin Mokhtar
Mohd Sufian Daud 1982/84
2 Ahmad Fuad Hj Hisham 1984/85
3 Khairul Nahar Aminudin 1985/86
4 Mohd Azmudin Abdullah 1986/87
5 Izhar Hifni 1987/88
6 Mohd Zafri Basir 1988/89
7 Abu Bakar Abd Samad 1989/90
8 Mahathir Abdullah 1990/91
9 Mohd Khairuzzam Sapari 1991/92
10 Afiz Abdullah 1992/93
11 Akmal Hadi Minghat 1993/94
12 Mohd Akhbar Mohd Yusof 1994/95
13 Aziha Abd Manan 1995/96
14 Rosli Hashim 1996/97
15 Kamarul Zaki Khalid 1997/98
16 Nur Azizi Abd Halim 1998/99
17 Mahathir Muhammad 1999/00
18 Muhammad Hidayat Muhammad Daud 2000/01
19 Yazid Koshim 2001/02
20 Norfahmi Mohd Yusof 2002/03
21 Shahfik Azraf Salleh 2003/04
22 Mohammad Shafik Abd Aziz 2004/05
23 Mohd Nazirul Afiq Mohd Amin 2005/06
24 Md Saiful Misran 2006/07
25 Muhammad Zainizam Azri 2007/08
26 Jeffrey Jamaluddin 2008/09
27 Ahmad Farhan Bahrin Tahir 2009/10
28 Aiman Danial Hishamudin 2010/11
29 Muhd Suhail bin Rofie 2011/12
30

Semoga MRSM Muar akan terus mencipta kecemerlangan berkat kerjasama semua pihak termasuk ANSARA MRSM Muar .

Disediakan oleh :

Abd Rahim Mohammad
Pengetua
September 22, 2011

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s